Friday 18 August 2017

TIPS PENJAGAAN KARPET


TIPS PENJAGAAN KARPET
+ Gulung atau hamparkan kain bersih di atas permaidani setiap kali hendak masuk tidur atau sewaktu hendak meninggalkan rumah. Ia bagi menjaga kebersihan permukaan permaidani yang mudah memerangkap habuk.
+ Amalkan secara rutin setiap hari dengan vakum.Agar habuk ² tidak terlalu lama terperangkap pada bulu karpet
+ Untuk mencegah pembiakan hama pada bulu permaidani, jemur permaidani di bawah panas terik matahari beberapa jam sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
+ Gunting hujung benang yang terkeluar jika terdapat jahitan benang atau bulu permaidani yang tercabut. Jangan ditarik kerana ini boleh menyebabkan keseluruhan benang tanggal.
+ Penjagaan lebih teliti perlu diberi untuk permaidani yang mahal dan berkualiti.
+ Pastikan permaidani dibersihkan dan dikeringkan sebelum digulung dan dibalut dengan kertas warna coklat untuk disimpan. Tutup bahagian hujung gulungan supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Simpan di tempat gelap dan berudara.
+ Cara lebih selamat hantar ke Pusat Cucian Khas untuk cucian. Ada sabun khas yang digunakan untuk menghapuskan kuman dan bakteria.

Pusat Cucian Kajang
25, jalan Baiduri 1,Taman Baiduri
Jalan Off Semenyih
Bandar Teknologi Kajang,
43500 Semenyih Selangor

Boleh Hubungi Di Talian
018 3644637


CUCI KARPETKAJANG,BANGI DAN PUTRAJAYA